Dalam Islam Malaikat_Utama

Dalam pandangan Islam, malaikat-malaikat yang mendapat gelaran malaikat utama termasuklah:

  • Jibrail (atau Jibraaiyl atau Jibril atau Gabriel). Malaikat Jibril adalah malaikat utama yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk menurunkan wahyu Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Malaikat Jibril juga dikenali sebagai penghulu sekalian para Malaikat. Ia telah banyak berinteraksi dan berkomunikasi bersama Rasul, Nabi dan orang Kudus misalnya Maryam (ibu Nabi Isa a.s.)
  • Mikail (atau Michael). Malaikat Mikail sering digambarkan sebagai malaikat yang ditugas dan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa rahmat misalnya rahmat hujan dan petir ke Bumi.
  • Israfil (atau Israafiyl atau Raphael). Berdasarkan maklumat hadis, Israfil adalah malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk meniupkan sangkakala pertama dan kedua yang menandakan kedatangan Hari Kiamat. Cara Malaikat Israfil meniupkan sangkakala adalah dengan menghembuskan sebuah tanduk dan mengirim satu Ledakan Kebenaran.
  • Malaikat Maut atau Izrail (atau Izrael, Azrael, Azrail, Azraille atau Ozryel). Secara harfiah terjemahan namanya membawa erti Pembantu Tuhan. Telah dipertanggungjawabkan Allah untuknya untuk mencabut roh daripada jasad bagi semua benda-benda yang hidup. Walaupun ia sering dirujuk sebagai Azrael dalam bahasa Arab, malaikat ini sering dirujuk sebagai Malak al-Maut (Malaikat Maut) di dalam Al-Quran (Surah al-Sajdah 32:11). Tiada juga sebarang keterangan yang diketemukan dalam Sahih Imam Bukhari tentang nama Azrael apabila dirujuk kepada perkataan Malak al-Maut.[perlu rujukan]